::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #000000; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FCDFFF; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

15 OGOS :D

FREAKIN' AWESOME DAY GUYS!

Assalamualaikum wbt :)

Seronok bila ingat balik semua kenangan. AkuHanisa, Hanisa's husband, Syafiq dan Khairul R. Actually, si KR tu tak dirancang pum. Jumpa dekat busstop dan dia memang nak ke Seremban. SEREMBAN JE?! Ahahaha. Tu je port aku dengan nisa sebab kitorang takboleh nak merayau jauh jauh. Yang dekat ni pum kena tunggu confirmation beberapa hari dari pihak atasan. Nasib la diluluskan permintaan ni, kalau tak? Mampus kau la duduk kat rumah :3 Actually ajak ramai lagi. Huda, Amnie, Shahrul, Danish tapi macam biasa. Dorang memang takdapat pergi. Huda, busy raya. Amnie, still kat Penang. Shahrul, beraya. Danish, kerja. Takpe takpe. Aku faham :3

Okay. Macam biasa la. Pergi memang selalunya pukul 10. Tapi takpaham kenapa mesti pukul 10. Setiap kali macam tu. Kay persetankan. Sampai kat bus stop, rasa macam nak balik balik. Err. Nampak pulak mereka mereka yang tak diingini. Semak poit mata -_- Then aku duduk kat tempat duduk yang macam officially untuk aku. Kosong je. Pergh, terbaeekk (Y) aku call la si keping yang tak habis habis call dari tadi tanya kat mana. Semak fon aku. 


M : Beb, aku dah sampai. Kau kat mana? Tadi ye ye call ni bulu hidung kau pum taknampak. Mana?
H : Jap jap. Otw. bye.

On the way kepala hotak kauu -_- Pastu call syafiq tanya kat mana.


M : Beb, mana?
S : Dah nak sampai.

Kay. Nampak dia. Huihh. Semadd (Y) Datang datang terus duduk sebelah aku. Err. Jauh sikit. Dan dan si KR datang -_- Dia dah buat dah propaganza dia.


KR : Awek?
S : Eh. mana ada. Kawan je.
KR : Eleh. Ye la tuu.

Dalam hati aku rasa macam nak cepuk je mamat pendek ni. Kwaja nak mampus. Aku senyum je la. Budak baik tak elok maki maki (puiihh! xD) Aku dapat mesej.


"Aku kat kedai safi."

Hati aku memang dah macam... Siput sedut betul la perempuan ni -_- Nak tak nak pergi je la safi. Sampai sana bukan dia ada pum. 


M : Kau kat mana ngek?
H : Aku kat safi la ni.
M : Safi kepala otak kau. Aku kat dalam safi ni.
H : kk bye.

Siyye pompuan ni. Keluar safi toleh kiri, tu dehh. Nampak dah. Si kelabu girl. Ahahaha. Kitorang dah janji dah malam tu..


H : Aku pakai baju kelabu sok.
M : Pik, ada baju kelabu tak?
S : Ada.
M : Lengan panjang ke lengan pendek?
S : Pendek.
M : Kcun.

Semua memang dah plan baik punyaa. Eh jap. Aku rasa tadi cerita kat safi enn. Kk. So aku, nisa, syafiq dengan KR pum jalan ke bus stop balik. Rajiiiiinn -_- Sampai sampai sana nisa dah mengeluh pastu cari tempat duduk tersorok sebelah surau. Aku pelik ah enn tetiba macam tu. Wupo ehh ado reporters kat situu. Menggelabah nisa carik fon tanya husband dia kat mana. Po ehh dalam bas lagi. Okay ngam. Bas pertama, bas gegar gegar (southern), cuma ada yang turun. takde yang naik. Then bas southern jugak tapi yang muda. Kitorang naik dulu. Dapat tempat baiikk je kat belakang. Dan dan si syafiq dengan KR jumpa kawan. Okay. aku dengan nisa berdua gossip hangat :3

Jijik ahh -___- sempat lagi tu tangkap gambar dalam bas.



Tak lawa? pedulik enn. Takhamak den do nak lawa lawa naa. Gilo kojap yo ni. Pastu masing masing buat w/p fon. Tengah syok syok gila berdua, ada pulak suara sumbang.. "Maii.. Maii.." toleh toleh je si galah tu. "Pakwe kau orang mana?" Pekehee dia tanya soklan bodoh nii. Aku jawab pastu bye. Style kitorang. cakap, bye. Okay xD

Nisa bagitau husband dia yang kitorang dah jalan dulu so dia suruh husb dia jalan kemudian. Taknak kantoi. Jaga baik punya rahsia. Takde sape tahu dorang punya relationship. Dekat sekolah, masing masing buat tak kenal. Dah sampai Term, budak laki jalan dulu. Aku yang jahat, suruh syafiq pegang sweater aku. Muahahahahahaha xD Kami si gadis ayu (x() menunggu si husb nisa. Lembs nak mampos. sambil sambil tu, sempat la kitorang main teka bas mana yang dia naik. Lama woii nunggu. Sambil nunggu tiba tiba ada cina tegur kitorang. 2 orang.

C : Sys, sorry ganggu. Hai, I nak minta budi baik you sumbang untuk yayasan kami. Kami mencari point untuk tingkatkan sumbangan. Kalau you derma RM 10, kami dapat 5 point. Kalau you derma RM 30, kami dapat 15 point. Macam tu laa.
*Aku takpaham sona ehh tapi dek sebab duit tengah banyak, apalah salah kalau menderma right guys?*
C : You kalau derma 10 ringgit, you dapat couple keychain. You ada boyfriend? (senyum)
M : Err. *Aku tak tau apa jadi dekat aku sampai aku boleh menggeleng. Sorry sayang :**
C : Ehh? Yeke? Tipulaa. Takkan la you pretty takde boyfriend? Kalau macam tu I ada chance la ni? *gelak*
M : *Nasibla kau seorang lelaki yang comel xD pandai buat aku gelak yee.* EHh? ahahaha.
C : Kalau you derma 20 or 30 ringgit, you dapat biskut comel ni tapi you jangan makan pulak. Manala tau kot kot kalau you lapar you makan (HAHAHA. kelakar -_-) Ni pen wangi punya. Comel. Suit for you. 
 *Dia puji melambung bhaii -_- Aku usha je pen comel tu, last last aku hulur.. Asyik dorang je cakap, aku pum nak cakap jugak*

Aku borak la panjang panjang dengan dia. Last last dia tiba tiba cakap 'Miss me ahh. My name is ati. A T I.." Aku tergelak je time tuu. Comel doh mamat tu. Pastu dorang dah blah, beralih balik kat bas bas tadi. Memang macam bodoh. Aku siap menari lagi kat tiang. Takde la menari macam penari tiang tuu -_- just pusing pusing la kat tiang tu. Aku cakap dengan nisa, kalau bas yang last ni dia takde, aku blah. Kau nak tunggu, tunggu sorang. Dan dan dia keluar dari bas. Cehh. Lembs. Dah jumpa semua, naik la tangga masuk term. Nampak balik si ATI tu. "Boyfriend siapa?"dia tanya aku "Twin." "Okay. Kalau macam tu, I dengan you laa" Tergelak aku dibuatnya. Adorable gila ah. Melting akuu. "Jom ahh. *gelak* see you soon ;)" dia blah, aku blah. Masuk term..

M : Mana?
S : Snooker.
M : k bye.

Kitorang pergi la tempat snooker. Aku jadi GPS. Si belangkas dok berkepit kat belakang. Jumpa tempat snooker, masuk tengok sapik pakai sweater aku. Kk. Borak sikit, blah, beli tiket wayang. Twin aku tu sibuk naa ADNAN SEMPIT 3 ehh. Jijik bedeehh -_- Dapat tiket, karok kat tempat snooker tadi. Bantai 11 lagu. Habis lagu, habis suara. Awesome. Tapi bagus jugak la suara hilang. takde la aku buat kacau dalam wayang. Lengang :D

Lepas habis main snooker, karok, sementara masih ada masa sebelum wayang, aku, syafiq, KR pi main game. main tembak tembak. Best gila ahh. Habis tu, kitorang lepak kat tangga luar term. Tangkap gambar sewel sewel :3


*Aku jadi duta susu DUTCHLADY perisa CHOCOLATE*


*Sebelah aku tu KR. Ni la ketinggian sebenar aku dengan dia. Dia pendek. Aku tahu sangat sangat xD Ooops. Maaf kepada wife dia, akak AI. Aku memang sengaja kutuk dia :P*


*Aku decide, bengkokkan lutut kiri biar ketinggian aku dengan dia sama. Dan dia tak duduk diam. Nak jugak jongket. Jongket laa wehh XD takheran den doo*




*Aku bikin panas xD KR dah gelak gelak dah tuu. Takhabis habis 'I smell something fishy" Aku bunuh kau kang.. Maaf. Ni drama semata mata. Saja bikin gempak xD Jeles? Pergi la terjun bangunan -_- Aku dengan syafiq memang rapat macam ni kay. Takyah nak heboh. Jijik puih xP*



*Senyuman syaitooonn dia tuu. Aku paling menyampah. Jijik ahh xD*



*Jangan bikin panas kay. DRAMA semata mata. Samalaa macam gambar aku dengan si KR tu. Pegang love jugak. so tak payah nak heboh kay ;)*



Habis wayang, serbu toilet. Ohsem :D Macam pelarian baton pun ada jugak. Lepas sorang, sorang pergi. Sampai kat aku, lepas keluar toilet, kena serbu dengan reporters. Perghh. Cibet. Aku buat bodoh blah dari situ. Pergi tempat makan. KR cakap dia minat dekat akak waitress tu. cantik. aku dengan bebai pi panggil akak tu.

M : Akak, nama akak apa?
A : FIni^^ *blah*

KR dengan husb nisa top muka. Tau kau malu. Padan muka. Dekat sejam jugak dekat restoran tu bikin kecoh. Pastu kitorang blah. Sempat aku kenakan KR, panggil akak tu, bye akak tuu xD Tau dorang malu. Puihh xD Dalam bas otw balik pum kecoh lagii xD Tak habis habis kecoh. Karok dalam bas dengan suara aku yang dah macam itik. Buat bodoh je xD Apa kisah. Live while were young bak kata OD :P Sempat la tukar number. Sampai sekarang still contact. Kata esok nak buat study group. Kngam. Bye :D

By : Maisarah Safiah :)


No comments: